Tuesday, June 9, 2009

Suatu petang yang teramat panas (cubaan pertama)

Makcik 1 : Tak pernah nampak pun kamu semua makan cendol kat sini. 1st time eh?

Makcik 1 : Saya anak ada 7 orang, 4 simpan, 3 tengah belajar. Yang pertama tu baru habis kolej, yang kedua tu suami saya baru hantar pergi tusyen, yang terakhir tu baru 14 tahun. Bila tak sibuk cuti sekolah ni, semua tolong saya jaga gerai ni.

Afifah : (dalam hati) Simpan tu apa? Jangan tanya, malu nanti.

Makcik 1 lalu menuding jari ke arah Makcik 2

Makcik 1 : Ini madu saya.

Afifah : (dalam hati) Lorh, ingat tu anak yang terakhir! Nak respon apa kat Makcik 1 ni?

Makcik 2 buat tak tahu lalu sambung makan cendol, gaya junior time orientation week - tunduk je.

Afifah rasa ganjal dengan situasi Makcik 1 terlalu peramah dan 'vibe' yang sangat happening antara Makcik 1 dan Makcik 2 lalu makan cepat-cepat dan ikut Abah dan Azfar naik kereta balik rumah. Cepat sangat sampai Abah terlupa nak bayar. Tapi Abah cover cakap cendol sedap sangat sebab tu sampai semua lupa ingatkan dia suruh bayar! Nampaknya, besok kena pergi balik gerai cendol tu bayar RM 4. 50 dekat Makcik 1. Mesti dia dah kutuk-kutuk orang tak bayar, penat je dia kerja ; nampak je muka baik tapi perangai satu keluarga tak senonoh.

Pengajarannya :

1. Cendol tepi jalan memang sedap, lebih-lebih lagi bila tengah panas. Kalah Pak Li di Seksyen 7
2. Afifah perlu memperbaiki skil sosialnya, nanti senang dapat diskaun dan buat kawan
3. Sifat peramah yang didemonstrasikan oleh Makcik 1 patut menjadi contoh kepada semua Rakyat Malaysia!
4. Bila makan, jangan lupa bayar!

7 comments:

fiqss said...

apa la u, layan la makcik tu next time. LOL

i soo want to try the cendol as well next time!

kalah cendol tepi jalan dekat TKC gak ke?

Khalidah Nazihah said...

i'm still curious, simpan tu apa??

Afifah said...

Source from dad ; simpan is keguguran anak. 'Simpan' refers to simpan anak dalam badan, tak keluar or something like that

Atif said...

this is a very cryptic and confusing post XD i found the simpan bit a bit funny and membingungkan until i read the above comment =/ + =(

M.M. said...

uih. kewujudan Mak Cik no.2 tu sungguh membuatkan saya teruja! Mak Cik no.1 perlu dijadikan sumber inspirasi Mak Cik - Mak Cik no.1 yang lain!

simpan tu, sounds like they're gone. like people say, 'simpan jenazah'? forgive my bitterness :D

miokmuahh said...

fiffa...cendol p.li mmg tak sedap ok!huhu..

jasmine said...

i don't get it, boleh sampai shah alam tapi tak sound. tsk tsk.